Tuesday, 22 March 2011

Aiya~Rubbsih!!



Assalamualaikum wbt and hello.
Have you seen lately the newspaper about throwing rubbish at the housing area? Tak sangka kan. Hinggakan menjadi big issue. Until masuk media. What happen actually to our people in Malaysia. Where is the civic minded that we always said about. Are we really like civilised?

You can see the attitude of the people also when you are driving at the highway. Sometimes, they just like throw cigarrete box, tissue , or spit their saliva outside of their windows. URGHH!! YUCKS!

I still remember, when I was inside my class. I am not a good girl, but i can see a few of my friends like to throw their rubbish from their beg or handbag at the floor. Seriously, I was like, "Don't you know to get up and throw it at the appropriate area??"

From there, we can see that, people in Malaysia like to take easy about it and becoming lazy. Why I said so? This is because they know ada "makcik" "pakcik" which always come and clean the place and the university or the office or the government that pay their salary. The question is, "kenapa la kau jadi macam ni". It shows your attitude.

So, how we are going to change it? Think.

I donno what is the name.


Monday, 21 March 2011

Don't Cry


Two people are going to get married as what they plan and promises because of Allah swt. One day~both of them change and Alhamdulillah everything works well and very smoothly because of HIM.

But one day~

Everything end up ..

"if you cannot accept me for 40 days dakwah tabligh, you leave me"

And one day~i was thinking..

"is this the only solution and look at other jemaah as one sided stereotype??"

and one day~i was thinking about "Syahadatul Haq"

and one day~~

i analyze and compare about the character and the basic Rasulullah saw and with this "syahadatul Haq".

And one day~

The raining stop and the light came in and urge to understand what actual dakwah is.



read..13:26

(Nirvana) Smells Like Teen Spirit - Sungha Jung

Malu Melihat Wajahku


Kesayuan di hati makin meretakkan jiwa ini. Pasrah dengan ketinggian suaranya dan perubahan yang dialami. Tambahan pula, setiap masalah sering diperbincangkan dan pasti memberi pendapat yang sangat bernas. Hanya kerana satu kesilapan, semuanya musnah umpama sampah yang dibakar meninggalkan abu. Pelbagai kenangan dan memori sentiasa ada gelak ketawa dan senyuman terukir dan jalan bersama-sama , bertatih untuk ke jalanNya. Siapa sangka hari ini, manis keesokannya pahit. Siapa sangka teh yang selalu diminum boleh bertukar menjadi masin dari manis. Siapa sangka, iman seseorang sentiasa berubah-ubah dan semuanya boleh diperbetulkan dengan cara yang betul. Pilu apabila mengenangkannya apabila tiadanya sifat kasih sesama insan di dalam hati dalam memperbetulkan kesilapan masing-masing kerana Allah swt.

"Pergi!!Aku malu melihat wajahku di cermin!!Pergi!!"

Kata-kata ini terngiang di telingaku dan airmata berguguran di atas ribaku. "Ya Allah, apakah salahku? Aku tahu aku telah melakukan dosa kepadaMu dan ingin ku perbetulkan pada hari ini dengan membicarakannya. Tetapi Engkau sangat pantas dengan berlakunya perkara yang Engkau hadirkan dan hatiku tidak mengerti walau sesaat sehinggakan jiwaku kosong". Ya, aku pergi.

Sangat sakit jiwa ini kerana pelbagai soalan dan masih tidak faham. Aku melihat skrin laptop. Software azan berkumandang. Dan aku hanya mendengarnya sambil menundukkan pandanganku. Aku tewas ya Allah. Aku tewas padaMu. Kuatkanlah anggotaku untuk bersama-samaMu. Airmataku menitis satu persatu apabila mendengar alunan suara azan yang berkumandang yang menunjukkan masuknya waktu Asar.

Aku menangis teresak-esak sambil mengambil wudhu' sambil melihat wajahku di cermin. Aku memandang wajahku dan aku menangis sehingga aku terduduk di tepi sinki. Kenapa semua ini berlaku sangat mengecewakan hati. Aku ingin menjadi normal. Bencinya dengan perasaan seperti ini dan sesungguhnya aku telah dizalimi tanpa mengerti. Moga Allah swt menzalimi orang yang menzalimi diriku ini.

Aku meneruskan langkahku dengan memakai telekung dan berdirilah aku dihadapanNya. Apabila aku mengangkat takbir, aku menyebut namaNya.."Allahu Akhbar". Aku berhenti dari solat dan aku menangis dan terus bersujud. Kalaulah aku boleh memelukNya dengan erat. Sudah ku memelukNya dengan erat dan menangis. Tetapi, aku hanya sujud dan dadaku berombak menahan sebak dan aku menangis teresak-esak dan aku malu kepadaNya. Malunya aku menyebut namaNya. Malunya aku berdiri dihadapanNya. Pelbagai perkara Dia berikan, tetapi sombongnya aku ditatkala bahagia dan senang. Allahu Allah.

Aku menarik nafas dan aku mengucap seperti aku tiada lagi di dunia ini. Aku solat seperti kali terakhir aku solat kepadanya. Aku berzikir seperti kali terakhir aku disisiNya.

"Ya Allah, bilakah Engkau ingin mengambil nyawaku? Ya Allah, aku tidak sanggup menahan ujian yang sangat begitu besar kerana aku rapuh bagaikan daun kering yang digenggam dan diramas dalam tangan". Astaghfirullah~

Aku muhasabah diriku. Dalam hati ini..

"engkau tidak bersyukurkah apa yang Allah berikan kepadamu semenjak engkau dilahirkan di muka bumi ini? Engkau tidak nampakkah perubahan yang engkau alami seperti Aisyah r.a cuma hati sahaja yang perlu engkau sentiasa basahi dengan cintaNya? Apakah engkau lupa ini ujian dari Allah? Apakah engkau lemah dan mudah mengatakan perkara-perkara yang tidak masuk akal? Bukankah engkau patut bangkit? Bangkit seperti dahulu dan adakah engkau was-was dengan pertolonganNya? Adakah engkau mengatakan engkau sudah berputus asa????!"

Allahu Allah. Aku berhenti dari menangis. Aku lemah selemahnya tetapi aku memerlukan kekuatan. Pelbagai perkara aku fikirkan dan antaranya ialah fitnah, akademik, diriku, program dan sebagainya. 

Ya. Syaitan telah berjaya mencondongkan jiwaku kepada mereka. Astaghfirullah. Bagaimana mereka lakukan kepada Adam dan Hawa, sahabat-sahabat nabi, perkara sama dia cuba dan cuba menggoda jiwaku. Aku umpama orang tua yang memerlukan tongkat untuk bangkit kembali. bangkit demi menyinarkan diriku seperti isteri-isteri Rasulullah saw dalam berjuang dalam arena dakwah ini.

Aku tidak akan biarkan sejarah lama berulang seperti mana syaitan telah menjadi popular dan mencatat pelbagai sejarah dengan meruntuhkan iman orang islam. Dan aku tidak sesekali bai'ah dengan mereka. Takkan sekali-kali memberikan jiwaku kepada mereka. Aku takut ya Allah, berikanlah petunjukMu.

Masa untuk bangkit!Masa untuk menjadi insan yang mulia disisiNya! Keturunan yang mulia! kaum yang mulia dan bukan kaum yang hina !

Allah swt telah memuliakan dan kita hanya perlu memuliakan dan memperhalusinya lagi agar ianya berkualiti di sisi Allah swt.

Saturday, 19 March 2011

Ada apa dengan Herotopia?

Assalamualaikum wbt and hello

Ada apa dengan Herotopia? ehehhe. Saya student di MSU Shah Alam. Pelajar ijazah pendidikan awal kanak-kanak. Sekiranya kita menjadi guru atau bakal ibu atau bapa kepada anak-anak kecil kita, mesti kita inginkan yang terbaik.

Kebanyakan kanak-kanak suka bermain games. Baik di fb atau di mana2 sahaja. Dan kadangkala, kita terlupa dan terlepas pandang apakah kebaikan yang sebenarnya kepada anak-anak kita . Maka, saya ada terjumpa game ni, how to be hero. Bagaimana menjadi hero dan pada masa yang sama. Saya sangat teruja dengan website ni kerana, ia menitik beratkan sekuriti dari ibubapa. It shows that, they really monitor and it is educational for the children to play and do not have something that is not suitable for them.

Saya kenalkan..HEROTOPIA~~(macam iklan kat pentas kan).

1.  You can create atau anak tu sendiri boleh create nama untuk hero mereka dan memilih watak yang sesuai. Paling saya suka ialah..watak-wataknya sangat comel!!terutama yang baby. ehehe..




If you ask me, saya pilih BABY!!!. Apabila saya memilih this character, we can choose what type of hair we want..very fashionable.

boleh memilih warna kulit..warna mata..warna topeng..baju...dan macam-macam lagi..sangat menarik.
Saya baru test this game. Jom, kita kongsi and discuss about it.

Tuesday, 8 March 2011

Engkau tertawa, aku menangis..

Salam alayk and hello

Sedikit masa dicuri sebagai merehatkan diri sebelum menempuhi peperiksaan yang agar sukar dalam hidup ini. apa yang penting, usaha dan tawakal walaupun penuh cabaran yang menempuhi ketika ingin melaluinya. zaman kecil tidaklah begitu kita rasa kerana iman kita hanya senipis sel yang mudah koyak. Masih lagi dilentur untuk menjadikan iman kita kuat. Apabila iman kita turun dan naik dan telah memahami beberapa perkara, maka, disitu wujudnya 'double test'..tripple test. Allahu Allah. Macam tu jugalah saya melaluinya beberapa hari ini. Hinggakan saya jatuh dan nasib baiklah kawan2 seperjuangan, mak pahang pun memberikan beberapa nasihat dalam menghadapinya dengan tabah dan apa-apapun berbalik kita kepada Allah swt.

Lihat tajuk di atas, 'engkau tertawa,tetapi aku menangis'. Ringkasan yang saya alami..

1. YES!!At last I can see you!!(aurat) sambil ketawa terbahak2.

- Dalam hati saya, kesedihan amat melanda dan sangat tidak boleh memaafkan walaupun telah pun meminta maaf banyak kali. apa entah lagi menceritakan pula kepada sahabat yang lain. Engkau tertawa, tetapi aku menangis.

2. Semasa di perpustakaan universiti saya, terdapat seorang gadis bertudung litup belajar diantara 3 lelaki dan duanya cina dan seorang india ke atau melayu. saya bersama dengan kawan saya 'khai'. Kami berdua menguji beberapa plug di situ dan akhirnya kami teruskan perjuangan kami dalam menyiapkan project komputer. sayang sekali, gadis itu memerhatikan saya (mungkin saya berpurdah) dan tergelak2 bersama dengan kawan lelakinya sambil tolak antara satu sama lain dan berbisik bagaikan suami isteri.

-dalam hati saya, saya menutup aurat tidaklah secantik awak wahai gadis muslimah. Tetapi..engkau tertawa, tetapi aku menangis kerana apa yang aku lalui dulu bakal engkau lalui iaitu fitnah dan dosa. Semoga Allah menunjukkan Nur kepadamu.

3. Semasa saya di u-cafe, saya sedang bersembang dengan kawan muslimah saya. Datanglah satu hamba Allah yang bernama lelaki. Menegur saya dengan berhikmah dan mengejek apabila saya katakan saya tidak berapa sihat dan doakan kebaikan semua dalam sebuah persatuan.

-dalam hati saya, matlamat tidak menghalalkan cara walau bagaimanapun niat kita kerana hadis itu sahih. dan siapalah kita untuk melanggarnya. walau apapun alasannya. Disini, engkau bersama kumpulan ketawa, tetapi aku menangis kerana aku dapat bayangkan diri aku dan kamu semua bakal menjadi penghuni neraka kerana apa yang telah berlaku.

4. Ada 3 sahabat perempuan di dalam kelas saya, masa itu adalah masa untuk menghantar portfolio kepada pensyarah masing-masing. Tinggalnya sekejap file saya di atas meja, sekembalinya mereka bertiga membuka file saya dan membaca personal detail tanpa meminta izin dan apabila saya memerhati, gelak dan cepat2keluar meninggalkan kawasan tersebut.

- dalam hati saya, engkau tertawa, tetapi aku menangis kerana aku tidak redha kerana engkau tidak meminta izin dengan membuka harta peribadi.

5. Ada seorang anak yatim piatu, seorang adik, mengatakan pemakaian saya seperti kainlangsir dan lusuh. sehelai baju kurung yang sentiasa dipakai kerana pemberian walid saya tatkala kekurangan duit. sambil tertawa dan menjuihkan bibir seperti geli.

-dalam hati saya, engkau telah sombong pada Allah swt. sangat sombong. Hartamu sangat meluas dan allah swt telah sediakan tempat khas bagi golongan seperti kamu. engkau tertawa, tetapi aku menangis kerana rambutmu, pemakaianmu, bakal merobek dan bakal menjadi tatapan bagi kaum lelaki dan mereka juga akan berdosa sekiranya tidak menjaga pandangan.

Pelbagai lagi kisah dan semuanya saya mengambil sebagai satu iktibar agar suatu hari allah menunjukkan saya ke jalan yang benar kerana dahulu, saya tertawa, tetapi mereka menangis.......