Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum wbt dan hello~~
Selamat hari Jumaat!! Bestkan hari ini hari Jumaat. Kenapa suka sangat ??Sebab sebab ianya hari yang mulia dan saya suka lihat semua insan di muka bumi ini yang bergelar muslim memakai pakaian baju melayu, jubah, tertib semuanya. Sejuk apabila mata memandang. Sangat indah dan sangat syahdu apabila pada setiap hari Jumaat mereka bersatu kerana Allah swt. Alangkah indah lagi, sekiranya semuanya sebegini pada setiap hari.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Dalam kehadiran kesayuannya hati ini dalam merindukan Allah swt. Sesuatu telah terbit di sanubari ini dan muhasabah diri serta takut dan sangat marah kerana perkara tersebut sukar dilupakan. Apa entah lagi apabila bergelar sebagai seorang muslimah yang sentiasa merintih dan memerlukanNya dalam menguatkan hati dari pelbagai perkara. Suka tak suka, pejamkan mata dan sebagai seorang muslim kita perlu meminta maaf dan memaafkan manusia. Sedangkan Allah swt memaafkan kita semua dalam setiap perkara
Bertakung airmata ini..dalam hati ..
"Ya Allah, aku tidak mahu memaafkan mereka setelah apa mereka lakukan kepadaku ya Allah. Maruah ku dikoyak dengan kata-kata mereka yang seperti gunting. setiap gunting itu..menggungting pemakaian maruahku. Aku tahu aku berdosa tetapi hati aku sakit. Rasulullah saw sendiri memartabatkan wanita. apakah yang berlaku ini ya Allah? Tabahkanlah hatiku.."
Sangat sukarkan. Penuh dengan emosi. Ada yang berkata.."Takkan ku mudah mengampuni begitu sahaja, biarkan seketurunan seperti itu".
Sangat sukar dan pedih memaafkan orang . Sangat sukar..sangat sukar..sangat sukar..hinggakan tiada siapa sakiti, tiada siapa halangi tetapi mudah airmata menitis satu persatu ke bumi Allah ini. astaghfirullah...
Tetapi untuk dapatkan Nur dari Allah swt. Untuk melapangkan dada yang sempit. Untuk mendapatkan cintaNya di dalam hati dan dekatkan jiwa ini kepadaNya..serahkan diri kepadaNya. Sedikit-sedikit, sukar atau tidak..inilah dinamakan korban cinta kepada Nya. Melakukan sesuatu untuk memperolehi sesuatu dariNya dengan mengorbankan perkara yang sering kita lakukan yang langsung tidak membawa kepada keberkatan tetapi membawa ke satu jalan penyesalan. astaghfirullah..
Disebabkan itu, saya sebagai anak, pelajar, dan sebagainya, mendiamkan diri dan memikirkan perkara ini buat pertama kali. Sebak dan syahdu apabila mengenangkannya dan sampai bila? Setiap manusia itu bukan maksum seperti Rasulullah saw. Kita boleh salahkan mereka, tetapi di akhirat, Allah swt juga boleh salahkan kita dengan apayang kita lakukan secara terang-terangan ataupun tidak.
"Engkau boleh mengata bahawa dia tidak menutup aurat dan sebagainya. Mengumpat di belakang..tetapi dirimu dalam tertib solatmu, sama juga, caramu berwudhu'..sama juga..dimana tertib kamu sebagai seorang Islam?? Tanggungjawab sebagai seorang pelajar??"
banyak lagi isu penting yang perlu diusahakan dan dinilai semula. maka, maafilah manusia yang melakukan perkara-perkara yang tersentuhnya hati kita dan minta maaflah kepada mereka walaupun mereka mengukirkan senyuman dan bingung apabila kita mengutarakan perkataan.." sahabat, aku minta maaf kepadamu kerana Allah swt. "
:)

saya suka ni,
ReplyDelete" Sangat indah dan sangat syahdu apabila pada setiap hari Jumaat mereka bersatu kerana Allah swt. Alangkah indah lagi, sekiranya semuanya sebegini pada setiap hari.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah."