Kesayuan di hati makin meretakkan jiwa ini. Pasrah dengan ketinggian suaranya dan perubahan yang dialami. Tambahan pula, setiap masalah sering diperbincangkan dan pasti memberi pendapat yang sangat bernas. Hanya kerana satu kesilapan, semuanya musnah umpama sampah yang dibakar meninggalkan abu. Pelbagai kenangan dan memori sentiasa ada gelak ketawa dan senyuman terukir dan jalan bersama-sama , bertatih untuk ke jalanNya. Siapa sangka hari ini, manis keesokannya pahit. Siapa sangka teh yang selalu diminum boleh bertukar menjadi masin dari manis. Siapa sangka, iman seseorang sentiasa berubah-ubah dan semuanya boleh diperbetulkan dengan cara yang betul. Pilu apabila mengenangkannya apabila tiadanya sifat kasih sesama insan di dalam hati dalam memperbetulkan kesilapan masing-masing kerana Allah swt.
"Pergi!!Aku malu melihat wajahku di cermin!!Pergi!!"
Kata-kata ini terngiang di telingaku dan airmata berguguran di atas ribaku. "Ya Allah, apakah salahku? Aku tahu aku telah melakukan dosa kepadaMu dan ingin ku perbetulkan pada hari ini dengan membicarakannya. Tetapi Engkau sangat pantas dengan berlakunya perkara yang Engkau hadirkan dan hatiku tidak mengerti walau sesaat sehinggakan jiwaku kosong". Ya, aku pergi.
Sangat sakit jiwa ini kerana pelbagai soalan dan masih tidak faham. Aku melihat skrin laptop. Software azan berkumandang. Dan aku hanya mendengarnya sambil menundukkan pandanganku. Aku tewas ya Allah. Aku tewas padaMu. Kuatkanlah anggotaku untuk bersama-samaMu. Airmataku menitis satu persatu apabila mendengar alunan suara azan yang berkumandang yang menunjukkan masuknya waktu Asar.
Aku menangis teresak-esak sambil mengambil wudhu' sambil melihat wajahku di cermin. Aku memandang wajahku dan aku menangis sehingga aku terduduk di tepi sinki. Kenapa semua ini berlaku sangat mengecewakan hati. Aku ingin menjadi normal. Bencinya dengan perasaan seperti ini dan sesungguhnya aku telah dizalimi tanpa mengerti. Moga Allah swt menzalimi orang yang menzalimi diriku ini.
Aku meneruskan langkahku dengan memakai telekung dan berdirilah aku dihadapanNya. Apabila aku mengangkat takbir, aku menyebut namaNya.."Allahu Akhbar". Aku berhenti dari solat dan aku menangis dan terus bersujud. Kalaulah aku boleh memelukNya dengan erat. Sudah ku memelukNya dengan erat dan menangis. Tetapi, aku hanya sujud dan dadaku berombak menahan sebak dan aku menangis teresak-esak dan aku malu kepadaNya. Malunya aku menyebut namaNya. Malunya aku berdiri dihadapanNya. Pelbagai perkara Dia berikan, tetapi sombongnya aku ditatkala bahagia dan senang. Allahu Allah.
Aku menarik nafas dan aku mengucap seperti aku tiada lagi di dunia ini. Aku solat seperti kali terakhir aku solat kepadanya. Aku berzikir seperti kali terakhir aku disisiNya.
"Ya Allah, bilakah Engkau ingin mengambil nyawaku? Ya Allah, aku tidak sanggup menahan ujian yang sangat begitu besar kerana aku rapuh bagaikan daun kering yang digenggam dan diramas dalam tangan". Astaghfirullah~
Aku muhasabah diriku. Dalam hati ini..
"engkau tidak bersyukurkah apa yang Allah berikan kepadamu semenjak engkau dilahirkan di muka bumi ini? Engkau tidak nampakkah perubahan yang engkau alami seperti Aisyah r.a cuma hati sahaja yang perlu engkau sentiasa basahi dengan cintaNya? Apakah engkau lupa ini ujian dari Allah? Apakah engkau lemah dan mudah mengatakan perkara-perkara yang tidak masuk akal? Bukankah engkau patut bangkit? Bangkit seperti dahulu dan adakah engkau was-was dengan pertolonganNya? Adakah engkau mengatakan engkau sudah berputus asa????!"
Allahu Allah. Aku berhenti dari menangis. Aku lemah selemahnya tetapi aku memerlukan kekuatan. Pelbagai perkara aku fikirkan dan antaranya ialah fitnah, akademik, diriku, program dan sebagainya.
Ya. Syaitan telah berjaya mencondongkan jiwaku kepada mereka. Astaghfirullah. Bagaimana mereka lakukan kepada Adam dan Hawa, sahabat-sahabat nabi, perkara sama dia cuba dan cuba menggoda jiwaku. Aku umpama orang tua yang memerlukan tongkat untuk bangkit kembali. bangkit demi menyinarkan diriku seperti isteri-isteri Rasulullah saw dalam berjuang dalam arena dakwah ini.
Aku tidak akan biarkan sejarah lama berulang seperti mana syaitan telah menjadi popular dan mencatat pelbagai sejarah dengan meruntuhkan iman orang islam. Dan aku tidak sesekali bai'ah dengan mereka. Takkan sekali-kali memberikan jiwaku kepada mereka. Aku takut ya Allah, berikanlah petunjukMu.
Masa untuk bangkit!Masa untuk menjadi insan yang mulia disisiNya! Keturunan yang mulia! kaum yang mulia dan bukan kaum yang hina !
Allah swt telah memuliakan dan kita hanya perlu memuliakan dan memperhalusinya lagi agar ianya berkualiti di sisi Allah swt.
No comments:
Post a Comment