Assalamualaikum wbt dan hello
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Mengasihani.
Setelah beberapa hari tidak menaip kerana kesibukan masa. Walid prnah berpesan, bukan masa mengawal kita tetapi kita yang mengawal masa. Kita sentiasa memberikan alasan dengan, "saya tiada masa" sedangkan kita tidak bersyukur bahawa masa kita pada setiap hari 24 jam .
Saya bukanlah ingin mengatakan masa dalam artikel kali ini. Tetapi setelah sahabat sahabiah membaca ni, pasti tertanya-tanya kenapa bahasa penulisan saya lain sedikit. :) Dan doakanlah agar ianya menjadi istiqamah kepada saya dalam meneruskan penaipan saya kali ini sentiasa saya. Insya Allah.
Semalam, adalah hari Selasa (5 April 2011), suatu anjakan paradigma saya ketengahkan untuk diri saya iaitu menilai manusia dari sudut positif. Kita telah dididik oleh siapa, wallahualam . Dengan melihat manusia dari sudut negatif. Gossip dan sebagainya. Pelbagai perkara kita lontarkan dengan bercerita, mengaibkan sesama manusia dan sebagainya. Cuba kita analisa perkara ini dan letakkan diri kita sendiri dalam situasi orang yang diperkatakan. Mungkin, hari ini, mereka dikatakan sedemikian dan aku tidak seperti itu...tetapi apakah yang akan terjadi sekiranya aku pula menjadi seperti mereka dan dimanakah kegagahan diriku untuk menempuh situasi tersebut. Contohnya, " Kau nak tahu, si dia tu ada dua atau tiga isteri. sangat dahsyat". Perlu atau tidak kita menyampaikan pada manusia lain atau tiba-tiba sahaja kita bergossip mengenai orang tersebut sedangkan dia hanya mengikut sunnah nabi dan sentiasa solat serta tidak mengabaikan tugasnya seperti seorang muslim yang lain. Menggembar gemburkan keadaan dan apabila kita mendengar maka, telinga kita bakal menangisi di akhirat kelak..MUNGKIN..wallahualam
Jadi, bagaimanakah untuk mengelakkan diri untuk jadi seperti itu. Sekiranya, kalau kita baca status di facebook sendiri atau di ym atau di skype. Sering kita menaip, perkara-perkara negatif yang kita tidak suka sedangkan perkara-perkara tersebut dapat kita elakkan. Saya juga tuju perkara ini kepada diri saya sendiri. Kadangkala, kita terlepas pandang dengan mengaibkan sahabat atau sahabiah lagi satu. Kadangkala juga dalam perbincangan, tidak suka si polan dan si polan dalam rumah sewa, di apartment yang tinggi, di universiti ..di rumah dan sebagainya dan Astaghfirullah..perkara tersebut berlaku tanpa sedar dan inilah yang saya sering sebut dan nasihat manusia lain dan saya gunakan kembali untuk jiwa saya iaitu.."syaitan datang secara lembut tanpa sedar apabila kita terlupa sekejap mengenai Allah swt".
Kelmarin saya belajar mengenai kerendahan hati apabila saya membaca satu artikel dari halaqah.net. Saya mula praktikkan untuk merasa dan mengambil iktibar disebalik perkataan tersebut. Nampak senang apabila baca tetapi apabila kita menjiwai, Masya Allah , hatiku rasa sayu Ya ALLAH. Apabila kita merendahkan egoistik, dan merendahkan hati, hati rasa sayu dan sentiasa mengingati diri kita terhadap Allah swt dan kaki kita merasai tanahnya. Kakiku pijak, merasai tanah dan di dalam hati, inilah saksi-saksi dan bakal melahapkan diri di dalam bumi Allah swt. Dimanakah imanku? Adakah aku telah bersedia.
Pelbagai persoalan apabila kita merendah diri. Benar apa orang kata, mengaku merendahkan diri, sebenarnya tidak. orang yang melakukan tidak sekali-kali menceritakan. tetapi, semalam 5 April 2011 telah berlaku sesuatu.
..
Pukul 2 petang ada kelas. sekiranya lewat hadiri kelas. habis. Perjalanan sangat cepat dan azan pun telah berkumandang menandakan waktu Zohor. Dalam hati gelisah kerana terlupa bawa tag buat pertama kali dan rasa tidak mahu menjejaki ke dalam kelas. Dalam pada masa yang sama, tidak mahu solat kerana TAKUT tidak sempat untuk memasuki kelas dan takut diperli lagi dan lagi. Tiba-tiba kusut dipikirkan. Tetapi dalam waktu itu sentiasa ingat kepada Allah dan teringat kepada situasi semasa mesyuarat bersama dato' presiden dan terdapat beberapa adik yang tidak menghiraukan kuasa dan sebagainya, meneruskan niat suci untuk menunaikan fardhu asar tidak silap saya tanpa pedulikan orang berkuasa. begitu kuatnya mereka apabila saya sendiri seperti rasa , "eh tak takut ke kena marah?" Begitulah, saya terpikir dan sudah sampai masanya untuk tegas dalam setiap perkara dan disiplinkan diri. Sekiranya kita memerlukan pertolongan dari Allah swt, sama juga kita perlu bantu dahulu diri sendiri dalam melakukan syariatNya. perlahan-perlahan kayuh. Maka, saya dengan lemah di jiwa , memaksa diri saya untuk memanjat tangga surau yang indah di MSU dan tunaikan solat seperti biasa dan nak dibuatkan cerita, saya tak pernah berwudhu' awal di rumah dan terus ke MSU dan nak dijadikan cerita pada hari tersebut, saya berwudhu' dan benarlah apa orang kata, apabila kita sentiasa dalam keadaan wudhu' semua perkara sangat senang. Saya terus masuk ke pintu surau muslimah, saya meletakkan beg dan berukhwah sebentar dengan adik-adik MSU, dan melihat diri saya serba lengkap, tanpa memakai telekung..saya solat. Alhamdulillah sempat masuk ke kelas dan pensyarah pula yang lewat. Alhamdulillah. tetapi, dalam sepanjang hari tersebut, saya tidak perasan saya terlupakan sesuatu sehinggalah saya ingin pulang, baru saya perasan bahawa saya tak boleh membuka pintu kereta. Sebelum itu, saya membantu adik-adik saya mengenai MQA dan ptptn. Cuba dapatkan penjelasan yang jelas dari pegawai SCD sendiri. Alhamdulillah, benarlah, bukan salah universiti,hanya pihak luar yang lewat mengeluarkan isu tersebut. Setelah sampaikan kepada beberapa individu, hati mereka rasa tenang dan seperti saya katakan, pintu kereta saya tidak boleh dibuka dan rupa-rupanya, nak dijadikan cerita, kunci kereta saya hilang~~~~
Saya memandang pada kereta saya dan saya minta maaf pada kereta saya kerana kunci jantungnya hilang. Perkataan pertama di bibir saya."Astaghfirullah.." Dalam masa 10 minit, saya diamkan diri dan terus berjalan kembali ke MSU dan saya teruskan langkah seperti mana saya datang ke MSU pada tengahari tersebut. Saya ke surau MSU dan Alhamdulillah, kaki dan tangan saya terus bergerak ke rak Al-Quran dan setelah berdiri dihadapan Al-Quran tersebut, Masya Allah, disitulah kunci kereta saya dan Allah swt menjaga saya. Malu...sangat malu...tetapi saya terlalu bersyukur dan Masya Allah, sangat sayu hati ini. Umpama, saya meyakinkan lagi dalam hati saya dengan mengatakan.."mungkin aku membantu orang tadi, maka Allah swt membantuku semula, selain itu, aku solat tepat pada waktunya. alhamdulillah".
begitulah sepanjang perjalanan saya, dan perkataan merendah diri ini sentiasa membuatkan seseorang sentiasa berfikir mengenai dirinya dan penciptanya iaitu Allah swt.
masya Allah, inilah dia, MERENDAHKAN DIRI. suatu perkataan dimana saya sendiri mengeksperimenkan pada diri saya dan Subhanallah. Sangat mendalam dan menyentuh jiwa sehingga begitu kuatnya perkataan ini bagi seseorang untuk rasa tawaduk kepada Allah swt..Masya Allah..begitu indahnya dan pelbagai lagi yang membawa kita kepada kesyukuran atas apa yang DIA telah fitrahkan kepada kita semua.
Masa telah tiba. perlu menyelesaikan beberapa perkara dan mudah-mudahan,kita semua istiqamah dan menjadi terbaik kepadaNya sekiranya diri tidak mahu seperti barang yang diperkatakan secara negatif .
Jaga diri dan iman...

No comments:
Post a Comment