Saturday, 30 April 2011

Byebye

Salam alayk...

Sorry this blog is not working anymore. I have change and divide into two blog.

1. Academic Blog Regarding Children and others..

http://msu-aiwah.blogspot.com/

2. Islamic Blog

http://mhi-aiwah.blogspot.com/

This changes is because before this I do not know what is the password for this blog. Therefore, I create the new one. So, I am so sorry and see you there Insya Allah. Although we are faraway, my du'a is always for all of you that always keep me strong until today and everything is because of Allah swt.


Thursday, 7 April 2011

Kesukaran itu Indah

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Mengasihani

Assalamualaikum wbt dan hello~~

Selamat hari Jumaat!! Bestkan hari ini hari Jumaat. Kenapa suka sangat ??Sebab sebab ianya hari yang mulia dan saya suka lihat semua insan di muka bumi ini yang bergelar muslim memakai pakaian baju melayu, jubah, tertib semuanya. Sejuk apabila mata memandang. Sangat indah dan sangat syahdu apabila pada setiap hari Jumaat mereka bersatu kerana Allah swt. Alangkah indah lagi, sekiranya semuanya sebegini pada setiap hari.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Dalam kehadiran kesayuannya hati ini dalam merindukan Allah swt. Sesuatu telah terbit di sanubari ini dan muhasabah diri serta takut dan sangat marah kerana perkara tersebut sukar dilupakan. Apa entah lagi apabila bergelar sebagai seorang muslimah yang sentiasa merintih dan memerlukanNya dalam menguatkan hati dari pelbagai perkara. Suka tak suka, pejamkan mata dan sebagai seorang muslim kita perlu meminta maaf dan memaafkan manusia. Sedangkan Allah swt memaafkan kita semua dalam setiap perkara

Bertakung airmata ini..dalam hati ..

"Ya Allah, aku tidak mahu memaafkan mereka setelah apa mereka lakukan kepadaku ya Allah. Maruah ku dikoyak dengan kata-kata mereka yang seperti gunting. setiap gunting itu..menggungting pemakaian maruahku. Aku tahu aku berdosa tetapi hati aku sakit. Rasulullah saw sendiri memartabatkan wanita. apakah yang berlaku ini ya Allah?  Tabahkanlah hatiku.."

Sangat sukarkan. Penuh dengan emosi. Ada yang berkata.."Takkan ku mudah mengampuni begitu sahaja, biarkan seketurunan seperti itu".

Sangat sukar dan pedih memaafkan orang . Sangat sukar..sangat sukar..sangat sukar..hinggakan tiada siapa sakiti, tiada siapa halangi tetapi mudah airmata menitis satu persatu ke bumi Allah ini. astaghfirullah...

Tetapi untuk dapatkan Nur dari Allah swt. Untuk melapangkan dada yang sempit. Untuk mendapatkan cintaNya di dalam hati dan dekatkan jiwa ini kepadaNya..serahkan diri kepadaNya. Sedikit-sedikit, sukar atau tidak..inilah dinamakan korban cinta kepada Nya. Melakukan sesuatu untuk memperolehi sesuatu dariNya dengan mengorbankan perkara yang sering kita lakukan yang langsung tidak membawa kepada keberkatan tetapi membawa ke satu jalan penyesalan. astaghfirullah..

Disebabkan itu, saya sebagai anak, pelajar, dan sebagainya, mendiamkan diri dan memikirkan perkara ini buat pertama kali. Sebak dan syahdu apabila mengenangkannya dan sampai bila? Setiap manusia itu bukan maksum seperti Rasulullah saw. Kita boleh salahkan mereka, tetapi di akhirat, Allah swt juga boleh salahkan kita dengan apayang kita lakukan secara terang-terangan ataupun tidak.

"Engkau boleh mengata bahawa dia tidak menutup aurat dan sebagainya. Mengumpat di belakang..tetapi dirimu dalam tertib solatmu, sama juga, caramu berwudhu'..sama juga..dimana tertib kamu sebagai seorang Islam?? Tanggungjawab sebagai seorang pelajar??"

banyak lagi isu penting yang perlu diusahakan dan dinilai semula. maka, maafilah manusia yang melakukan perkara-perkara yang tersentuhnya hati kita dan minta maaflah kepada mereka walaupun mereka mengukirkan senyuman dan bingung apabila kita mengutarakan perkataan.." sahabat, aku minta maaf kepadamu kerana Allah swt. "

:)

Wednesday, 6 April 2011

Rendah Diri VS Rendah Hati

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Mengasihani..

Assalamualaikum wbt dan hello~~

Tajuk harini adalah seperti di atas. Rendah Diri VS Rendah Hati. Alhamdulillah. Setelah diamati, saya sangat teruja dan bertakung airmata dalam mebezakan dua perkataan ini.

Rendah Hati adalah apabila kita telah lakukan sesuatu dan rasa bersalah dan cuba sedapa upaya meminta maaf agar rasa tenang dan tidak menyinggu perasaan lain. Teringat pada sebuah peristiwa semalam, seorang sahabiah sangat kecewa dengan seorang sahabiah lagi gara-gara kerana kerja esaimennya tergendala disebabkan soketnya terkeluar dari tempatnya menyebabkan kerja analisisnya semua hilang. Hinggakan dia tergamam dan sahabiah seorang lagi hanya tergelak-gelak tanpa rasa bersalah dalam hatinya. Apabila saya mendengar dan mengimbas kembali cerita ini. Saya suka kaitkan dengan diri saya. Saya tanya kepada diri saya sendiri..

1. Aku suka ambil barang orang tak walaupun tanpa meminta izin pada tuannya walaupun tuannya tak kisah??
2. Aku ada lakukan apa-apa kesalahan tak kepada manusia? Mungkin ada terutama kaum Adam dan Alhamdulillah semuanya dipermudahkan oleh Allah swt.
3. Hubunganku bersama sahabiah dan sebagainya..bagaimana?

Saya terus tidur kerana letih memikirkan masalah ini sahaja sedangkan tanggungjawab saya sebagai seorang pelajar adalah untuk belajar. Tetapi kerana risaukan perkara ini, saya fikirkan agar apa yang dipelajari untuk hati dan jiwa ini sentiasa mendapat berkat dari Allah swt dan mudah NUR memasuki ke ruang-ruang yang ada bagi menghilangkan kekotoran yang sudah berpuluh tahun menetap di hati ini.

Dalam pada masa yang sama, saya juga mengucapkan Alhamdulillah. Selama ini, saya sentiasa seperti kalut dan resah apabila saya sentiasa memikirkan mengenai pandangan manusia terhadap diri saya apabila mendengar berita atau anasir-anasir yang saya sepatutnya mengucapkan syabas kerana mereka seperti wartawan-wartawan dari AlJazeera, BBC, CNN dimana ada sahaja cerita itu dan ini kepada saya dan saya mula memikirkannya serta rasa risau mengenai pandangan mereka terhadap diri saya. Ramai yang sentiasa menasihati saya, termasuklah mama waleed, pensyarah, pegawai scd di msu, sahabiah yang sentiasa bersama saya iaitu muslimah-muslimah hebat di MSU. Apabila saya mempelajari perkataan ini, Subhanallah, terbang satu masalah dan saya bersyukur kepada Allah swt, kerana akhirnya saya tahu perkara ini dan saya patut bersyukur kerana masih diberi peluang untuk belajar dan perbaiki diri.

Merendahkan diri ini umpama seperti kita tiada keyakinan pada diri sendiri. "No FiRM". Sentiasa memikirkan mengenai perkataan manusia kepada diri kita di mana, perkara ini perlu dielakkan agar hati menjadi kuat dan sepatutnya sebagai seorang pelajar perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi agar mudah dalam kehidupan seharian sebagai seorang pelajar. Apabila diri kita lemah, maka wujudlah beberapa faktor dan membawa kepada rendah diri pada tempat yang tidak sepatutnya. Lemah dalam matapelajaran dan sebagainya. Maka, salah satu perkara yang perlu dilakukan adalah untuk berpegang pada falsafah diri dan sentiasa maju ke depan dan sentiasa berfikiran positif dalam setiap perkara dan dalam setiap kegagalan.

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

Tuesday, 5 April 2011

Di sebalik Merendah Diri.

Assalamualaikum wbt dan hello

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah dan Lagi Maha Mengasihani.

Setelah beberapa hari tidak menaip kerana kesibukan masa. Walid prnah berpesan, bukan masa mengawal kita tetapi kita yang mengawal masa. Kita sentiasa memberikan alasan dengan, "saya tiada masa" sedangkan kita tidak bersyukur bahawa masa kita pada setiap hari 24 jam .


Saya bukanlah ingin mengatakan masa dalam artikel kali ini. Tetapi setelah sahabat sahabiah membaca ni, pasti tertanya-tanya kenapa bahasa penulisan saya lain sedikit. :) Dan doakanlah agar ianya menjadi istiqamah kepada saya dalam meneruskan penaipan saya kali ini sentiasa saya. Insya Allah.

Semalam, adalah hari Selasa (5 April 2011), suatu anjakan paradigma saya ketengahkan untuk diri saya iaitu menilai manusia dari sudut positif. Kita telah dididik oleh siapa, wallahualam . Dengan melihat manusia dari sudut negatif. Gossip dan sebagainya. Pelbagai perkara kita lontarkan dengan bercerita, mengaibkan sesama manusia dan sebagainya. Cuba kita analisa perkara ini dan letakkan diri kita sendiri dalam situasi orang yang diperkatakan. Mungkin, hari ini, mereka dikatakan sedemikian dan aku tidak seperti itu...tetapi apakah yang akan terjadi sekiranya aku pula menjadi seperti mereka dan dimanakah kegagahan diriku untuk menempuh situasi tersebut. Contohnya, " Kau nak tahu, si dia tu ada dua atau tiga isteri. sangat dahsyat". Perlu atau tidak kita menyampaikan pada manusia lain atau tiba-tiba sahaja kita bergossip mengenai orang tersebut sedangkan dia hanya mengikut sunnah nabi dan sentiasa solat serta tidak mengabaikan tugasnya seperti seorang muslim yang lain. Menggembar gemburkan keadaan dan apabila kita mendengar maka, telinga kita bakal menangisi di akhirat kelak..MUNGKIN..wallahualam

Jadi, bagaimanakah untuk mengelakkan diri untuk jadi seperti itu. Sekiranya, kalau kita baca status di facebook sendiri atau di ym atau di skype. Sering kita menaip, perkara-perkara negatif yang kita tidak suka sedangkan perkara-perkara tersebut dapat kita elakkan. Saya juga tuju perkara ini kepada diri saya sendiri. Kadangkala, kita terlepas pandang dengan mengaibkan sahabat atau sahabiah lagi satu. Kadangkala juga dalam perbincangan, tidak suka si polan dan si polan dalam rumah sewa, di apartment yang tinggi, di universiti ..di rumah dan sebagainya dan Astaghfirullah..perkara tersebut berlaku tanpa sedar dan inilah yang saya sering sebut dan nasihat manusia lain dan saya gunakan kembali untuk jiwa saya iaitu.."syaitan datang secara lembut tanpa sedar apabila kita terlupa sekejap mengenai Allah swt".

Kelmarin saya belajar mengenai kerendahan hati apabila saya membaca satu artikel dari halaqah.net. Saya mula praktikkan untuk merasa dan mengambil iktibar disebalik perkataan tersebut. Nampak senang apabila baca tetapi apabila kita menjiwai, Masya Allah , hatiku rasa sayu Ya ALLAH. Apabila kita merendahkan egoistik, dan merendahkan hati, hati rasa sayu dan sentiasa mengingati diri kita terhadap Allah swt dan kaki kita merasai tanahnya. Kakiku pijak, merasai tanah dan di dalam hati, inilah saksi-saksi dan bakal melahapkan diri di dalam bumi Allah swt. Dimanakah imanku? Adakah aku telah bersedia.

Pelbagai persoalan apabila kita merendah diri. Benar apa orang kata, mengaku merendahkan diri, sebenarnya tidak. orang yang melakukan tidak sekali-kali menceritakan. tetapi, semalam 5 April 2011 telah berlaku sesuatu.
..

Pukul 2 petang ada kelas. sekiranya lewat hadiri kelas. habis. Perjalanan sangat cepat dan azan pun telah berkumandang menandakan waktu Zohor. Dalam hati gelisah kerana terlupa bawa tag buat pertama kali dan rasa tidak mahu menjejaki ke dalam kelas. Dalam pada masa yang sama, tidak mahu solat kerana TAKUT tidak sempat untuk memasuki kelas dan takut diperli lagi dan lagi. Tiba-tiba kusut dipikirkan. Tetapi dalam waktu itu sentiasa ingat kepada Allah dan teringat kepada situasi semasa mesyuarat bersama dato' presiden dan terdapat beberapa adik yang tidak menghiraukan kuasa dan sebagainya, meneruskan niat suci untuk menunaikan fardhu asar tidak silap saya tanpa pedulikan orang berkuasa. begitu kuatnya mereka apabila saya sendiri seperti rasa , "eh tak takut ke kena marah?" Begitulah, saya terpikir dan sudah sampai masanya untuk tegas dalam setiap perkara dan disiplinkan diri. Sekiranya kita memerlukan pertolongan dari Allah swt, sama juga kita perlu bantu dahulu diri sendiri dalam melakukan syariatNya. perlahan-perlahan kayuh.  Maka, saya dengan lemah di jiwa , memaksa diri saya untuk memanjat tangga surau yang indah di MSU dan tunaikan solat seperti biasa dan nak dibuatkan cerita, saya tak pernah berwudhu' awal di rumah dan terus ke MSU dan nak dijadikan cerita pada hari tersebut, saya berwudhu' dan benarlah apa orang kata, apabila kita sentiasa dalam keadaan wudhu' semua perkara sangat senang. Saya terus masuk ke pintu surau muslimah, saya meletakkan beg dan berukhwah sebentar dengan adik-adik MSU, dan melihat diri saya serba lengkap, tanpa memakai telekung..saya solat. Alhamdulillah sempat masuk ke kelas dan pensyarah pula yang lewat. Alhamdulillah. tetapi, dalam sepanjang hari tersebut, saya tidak perasan saya terlupakan sesuatu sehinggalah saya ingin pulang, baru saya perasan bahawa saya tak boleh membuka pintu kereta. Sebelum itu, saya membantu adik-adik saya mengenai MQA dan ptptn. Cuba dapatkan penjelasan yang jelas dari pegawai SCD sendiri. Alhamdulillah, benarlah, bukan salah universiti,hanya pihak luar yang lewat mengeluarkan isu tersebut. Setelah sampaikan kepada beberapa individu, hati mereka rasa tenang dan seperti saya katakan, pintu kereta saya tidak boleh dibuka dan rupa-rupanya, nak dijadikan cerita, kunci kereta saya hilang~~~~

Saya memandang pada kereta saya dan saya minta maaf pada kereta saya kerana kunci jantungnya hilang. Perkataan pertama di bibir saya."Astaghfirullah.." Dalam masa 10 minit, saya diamkan diri dan terus berjalan kembali ke MSU dan saya teruskan langkah seperti mana saya datang ke MSU pada tengahari tersebut. Saya ke surau MSU dan Alhamdulillah, kaki dan tangan saya terus bergerak ke rak Al-Quran dan setelah berdiri dihadapan Al-Quran tersebut, Masya Allah, disitulah kunci kereta saya dan Allah swt menjaga saya. Malu...sangat malu...tetapi saya terlalu bersyukur dan Masya Allah, sangat sayu hati ini. Umpama, saya meyakinkan lagi dalam hati saya dengan mengatakan.."mungkin aku membantu orang tadi, maka Allah swt membantuku semula, selain itu, aku solat tepat pada waktunya. alhamdulillah".

begitulah sepanjang perjalanan saya, dan perkataan merendah diri ini sentiasa membuatkan seseorang sentiasa berfikir mengenai dirinya dan penciptanya iaitu Allah swt.

masya Allah, inilah  dia, MERENDAHKAN DIRI. suatu perkataan dimana saya sendiri mengeksperimenkan pada diri saya dan Subhanallah. Sangat mendalam dan menyentuh jiwa sehingga begitu kuatnya perkataan ini bagi seseorang untuk rasa tawaduk kepada Allah swt..Masya Allah..begitu indahnya dan pelbagai lagi yang membawa kita kepada kesyukuran atas apa yang DIA telah fitrahkan kepada kita semua.

Masa telah tiba. perlu menyelesaikan beberapa perkara dan mudah-mudahan,kita semua istiqamah dan menjadi terbaik kepadaNya sekiranya diri tidak mahu seperti barang yang diperkatakan secara negatif .

Jaga diri dan iman...